Tuesday, July 19, 2011

Anugerah Ibrahim Ali dibidas

Adakah UiTM, sebuah universiti tempatan yang dibiayai oleh kerajaan sanggup menggunakan wang pembayar cukai, untuk menggalakan sikap perkauman? Adakah UiTM sekarang nak melatih puak pelampau seperti Ibrahim Ali?

Apakah kualiti yang dipunyai oleh Ibrahim Ali yang boleh diiktirafkan? Sebenarnya, Ibrahim adalah individu kontroversi. Sikap pelampaunya telah menjejaskan perhubungan antara kaum dan tidak harus dijadikan teladan bagi pelajar-pelajar UiTM.

Satu demi satu kedidakadilan berlaku di negara kita, adakan kerajaan BN pedulikan! Adakah kita berani untuk membantah di depan UiTM? Adakah kita berani untuk protes di pejabat Perkasa?

Saudara saudari sekalian, kita rakyat Malaysia perlukan pilihanraya yang bersih dan adil untuk memastikan BN dihalau dari Putrajaya!

No comments: