Apabila PM and TPM memohon maaf pada masyarakat bukan Melayu, bahagian-bahagian Umno di Pulau Pinang pula menyuarakan sokongan mereka terhadap pendirian Ahmad Ismail yang degil dan enggan meminta maaf walaupun didesak oleh PM dan DPM.
Perbuatan biadap Umno PP ini umpama bermain dengan api. Mereka nyata nak cabar kedudukan kaum lain di negara ini. Mengapa Umno PP begitu berani bermain dengan isu perkauman? Ini sebab mereka tidak bimbang dengan apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka kerana pucuk pimpinan Umno kini ini agak lemah.
Saya amat bersimpati dengan AAB. Mana maruahnya bila orang kampungnya sendiri yang tidak mengikut arahannya? Adakah AAB masih berkuasa hari ini? Kenapa bahagian-bahagian Umno di PP boleh buat keputusan yang bertentangan dengan Nombor 1 and Nombor 2 dalam parti?
Rupanya, Umno PP masih percaya bahawa bermain dengan isu perkauman masih dapat menolong mereka untuk mencapai sesuatu, walaupun Umno telah kalah teruk pada pilihanraya kecil Permatang Pauh degan kempen yang paling”racist” sekali.. Tengoklah sikap Mohd Zain yang buat macam macam ugutan dan kata-kata yang berbau perkauman pada sidang akbar hari ini (5 Sep) di PP. Pemimpin yang berkualiti begnilah Umno mampu melahirkan.
Saya menyeru supaya semua rakyat Malaysia terutamanya orang bukan melayu boikot Mohd Zain. Jelas sekali dia ini “racism”. Kita perlu bersatupadu untuk memastikan makhluk seperti ini tiada tempat di negara ini. Tengoklah saja, bagaimana kumpulan 13 ini nak menetang 5 juta bukan Melayu! Saya rasa kumpulan 13 inilah yang bakal menyebabkan kejatuhan bangsa melayu di negara ini
Yang buat saya terkejut sekali adalah kenyataan daripada Dr M, insan yang telah menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Beliau kata di dalam blognya (bertajuk "Pohon Maaf" yang bertarikh 4 September):
“Apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf”
Saya rasa Dr. M betul-betul mudah lupa. Sepanjang pemerintahan beliau, kaum lain telah pun lama berdiam walaupun dihina. Demi mencapai matalamat diri sendiri (memperkukuhkan kedudukan masing-masing di dalam parti Umno), isu-isu kecil yang ditimbulkan oleh masyarakat bukan Melayu boleh diputar belikkan oleh Umno tanpa dikawal. Ingatkah Tun dengan kumpulan SuQiu?
Saya juga nak mengingatkan Dr. M bahawa keadaan Umno hari ini bukannya sesuatu yang berlaku sejak semalam. Malah, ianya satu “legacy” yang diwarisi oleh pucuk pimpinan Umno sekarang.
Adakah hanya orang Umno saja yang boleh menyentuh isu sensitif dan menyakitkan hati kaum minoriti? Adakah kaum lain kena terima semua ketidakadilan ini sebab “Ketuannan Melayu”? Adakah kaum lain hanya boleh berdiam diri sahaja walaupun dihina?
Saya harap orang melayu tidak lagi terpedaya dengan muslihat yang jahat kumpulan 13 itu. Penderitaan orang melayu hari ini adalah akibat pemerintahan Umno, bukannya disebabkan oleh kaum lain.