Saturday, February 14, 2009

Pemuda Yang Tidak Berfikiran Rasional

Cuba tengok, selepas Khairy, sekarang pula Khir Toyo yang mengadakan tunjuk perasaan atas kenyataan Karpal nak bawa Sultan Perak ke mahkamah. Pemuda Umno masih bersikap demikian. Mereka ini tidak berpengetahuan, tidak memahami prinsip-prinsip asas undang-undang dan tidak tahu menghormati orang lain. Yang paling teruk sekali, selalu mengadakan tunjuk perasaan yang tidak berasas (bazir masa dan wang). Karpal adalah seorang peguam berpengalaman yang hanya menyatakan haknya sebagai seorang rakyat dari segi undang undang. Apa salahnya? Kalau nak pun, salahkan Tun Dr M yang menarik balik semua hak imunisasi sultan. Tetapi pada masa itu, siapakah yang ada "bola" nak menentang Tun Dr M? Pemuda Umno kenalah buat kerja rumah terlebih dahulu dan fikir baik-baik sebelum buka mulut. Kalau nak tentang kenyataan Karpal, ikutlah saluran yang betul, cabar dia di mahkamah. Rupanya Pemuda Umno belum diajar apa dia itu saluran betul.

Pemimpin Pemuda Umno asyik saja melakukan sesuatu atas nama membela nasib orang melayu, sebenarnya mereka hanyalah mengambil kesempatan untuk mencapai matalamat kepentingan persendirian. Mereka ini cuba menonjolkan diri sebagai hero orang melayu, nak membela nasib orang melayu dan kononnya menyokong kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Berperlembagaan. Tetapi jelas sekali, tujuan sebenar mereka ini adalah mengaut sokongan untuk bertandaing dalam pilihan parti Umno bulan depan.

Saya tidak faham, orang yang sering kali dikaitkan dengan rasuah, bohong dan fitnah, masih dapat sokongan daripada ahli pemuda, apa sudah jadi? adakah kita sedang menggalakkan budaya bohong, rasuah dan fitnah? Pemimpin-pemimpin pemuda Umno inilah yang bakal menjadi pemimpin negara, mananya masa depan negara kita? Oleh sebab itu, saya menyokong cadangan Tengku Ahmad Rithauddeen supaya membubarkan sayap-sayap UMNO termasuk Pemuda Umno, yang tidak memberi apa-apa manfaat dalam pembangunan negara.

No comments: