Saya mengalu-alukan kenyataan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup bahawa DBKL hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota. sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.
Memang betul kenyataan Datuk Salleh yang orang lain tidak sepatutnya senang-senang pasang papan tanda mengikut hasratnya sendiri. Ini adalah tugas pihak berkuasa tempatan. Kalau tidak, papan tanda pastinya nampak macam papan rojak.
Tujuan sebenar papantanda adalah untuk membantu orang ramai menentukan destinasi. Jika ditambah dengan bahasa-bahasa yang lain, ia amat mengelirukan para pengguna. Biarlah saja Bahasa Malaysia yang digunakan diatas papan tanda, tiada bahasa cina, tiada bahasa tamil dan tiada bahasa jawi.
Saya harap semua pihak berkuasa tempatan diseluruh negara guna hanya Bahasa Malaysia saja diatas papan tanda. Tiada kira tempat itu majoriti penghuninya cina ke melayu. Inilah identity negara kita sebab semua rakyat Malaysia faham Bahasa Melaysia dan ianya bahasa kebangsaan kita semua. Justeru itu, DBKL perlulah mengkaji semula penggunaan papan tanda yang bertulisan jawi yang pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat.

Demi perpaduan rakyat negara kita.
No comments:
Post a Comment