Saturday, September 18, 2010

Mahathir permata yang bersinar? Apa Itu?

Kolumnis, Mohd. Razlan Muhammad Rafii kata beliau terkejut apabila membaca satu artikel yang disiarkan di dalam ruangan Akhbar Cina yang diterjemahkan oleh Utusan Malaysia. Kenapa mudah terkejut? Cepatlah pergi jumpa doktor and makan ubat lah!

Masyarakat bukan Melayu pun sudah biasa dengan Utusan Melaysia yang sentiasa mengapi-apikan isu yang kecil dan memainkan isu perkauman. Apakah akhbar tidak dibenarkan menyuarakan kesedihan dan rasa tidak puas hati pada apa nama.. Dr M. Apa gunanya seorang Perdana Menteri yang telah memimpin negara selama 22 tahun tetapi objektif NEP masih tidak dapat di capai? Saya pasti kalau tiada Dr M pun, pemimpin Umno yang lain seperti Tengku Razaleigh, Tun Hussein Onn and Tun Musa Hitam pun dapat mencapai apa yang dibuat oleh apa nama Dr M. Saya rasa Mohd Razlan ini tidak tahu baca bahasa inggeris sehingga dia tidak tahu apa yang Dr M buat sepanjang 22 tahun ini. Pergilah cari perterjemah buku Barry Wain.

Kenapa orang bukan melayu tidak boleh ada pandangan tersendiri? Tak boleh buat kritik ke? Berdosa ke nak kritik Dr M? Kenapa orang bukan melayu kena berterima kasih pada Dr M, seorang PM yang besifat perkauman.

Saya pun, tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Dr M. Apa yang kamu boleh buat terhadap saya? Hingga hari ini, hanya seorang PM sahaja yang saya bersyukur, ianya Tengku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama.

Saya tidak faham kenapa orang melayu asyik sangat mengelar orang lain "kurang Ajar". Saya amat kesal terhadap Mohd Razlan begitu biadap. Pandai angkat kaki saja!

Kalau tiada Dr M, Malaysia hari ini akan lebih maju dan rakyat lebih bersatu padu lagi.

No comments: